small_2014-Alam-Sebagai-Motif

ALAM SEBAGAI MOTIF KRAFTANGAN FABRIK MELAYU TRADISI

RM22.00

Penulisan buku ini secara umumnya memaparkan tentang tradisi orang Melayu sangat menghargai alam semulajadi kerana alam semulajadi banyak terdapat di sekeliling kehidupan mereka seharian. Mereka mengangkat serta menghayati alam dan dijadikan lakaran di atas kertas dalam bentuk kreatif. Akhirnya dijadikan lakaran motif-motif dan diterjemahkan ke atas fabrik dengan tujuan menjadikan fabrik lebih kelihatan cantik, menarik dan sesuai penggunaannya dalam budaya masyarakat Melayu yang menghargai alam. Pengkhususan buku ini memberi maklumat tentang teori barat yang dinyatakan oleh Rosalind Ragans, Bahaus, Eric Fernie, Tolstay, dan lain-lain lagi. Teori barat ini banyak diguna pakai untuk tujuan melahirkan hasilan seni kreatif. Buku ini akan melahirkan teori orang Melayu sendiri yang berpandukan ajaran agama Islam yang bersendikan syarak, syarak yang mendasari adat dan budaya. Dalam pegangan adat bersendikan syarak ia akan berada di tempat yang paling tinggi dalam masyarakat. Teori yang dihasilkan akan memberikan sumbangan dan pendekatan kepada penghasilan teori orang Melayu yang berpegang kepada ajaran agama Islam.Teori yang dihasilkan boleh diguna pakai dalam menganalisa dan dijadikan pedoman kepada semua jenis seni, seni tampak, seni arca, seni bina, seni kraf tangan fabrik dan lain-lain lagi.

Category: .

Additional Information

Author(s)

Abd. Rasid Ismail

ISBN

978-967-363-233-6

Publication Date

2014

Pages

164

Weight

0.24KG