small_2014-Fenomena-Ajaran-Sesat

FENOMENA AJARAN SESAT DAN PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

RM23.00

Karya ini akan menjelaskan tentang ajaran sesat di Malaysia dan peruntukan undang-undang di Malaysia. Pada setiap tahun kes ajaran sesat sentiasa bertambah dan berjaya di kesan oleh pihak berkuasa. Isu ajaran sesat bukanlah perkara yang asing dalam kehidupan umat Islam. Ajaran sesat yang berlawanan dengan pegangan agama yang diiktiraf sering kali menganggu ketenteraman dan keharmonian hidup setempat. Menyedari hakikat ini, masyarakat Islam di Malaysia perlu berganding bahu serta bersama-sama pihak berkuasa agama serta agensi kerajaan yang terlibat bagi mengatasi masalah ajaran sesat. Aspek aqidah merupakan fokus utama penulisan. Aspek aqidah merupakan teras kepada pegangan agama seseorang. Penulis akan menghuraikan apakah ajaran sesat yang terdapat di Malaysia dan peruntukan undang-undang yang ada di Malaysia dalam menyelesaikan masalah ajaran sesat. Menganalisis bentuk-bentuk ajaran sesat serta amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Mengetahui bentuk-bentuk pencegahan yang di beri perhatian oleh pihak berkuasa dalam menyekat perkembangan ajaran sesat. Pelbagai ancaman timbul dari penyelewengan akidah.Kegiatan mereka menyumbang kepada pepecahan umat dan menghancurkan Islam dari dalam.Bagaimana peranan pihak berkuasa dalam memantau dan memulih akidah mereka yang terlibat dalam ajaran sesat.Apakah cabaran dan masalah-masalah yang di hadapi oleh pihak berkuasa. Sejauh mana pengaruh peruntukan undang-undang dalam mengawal pengaruh ajaran sesat. Membendung ajaran agama-agama lain di kalangan umat Islam.Pelbagai langkah yang telah di ambil oleh pihak berkuasa.Memartabatkan kembali kedudukan umat Islam sebagai umat yang terbaik dalam segala lapangan kehidupan. Penelitian ini sangat mustahak dilakukan sebagai langkah awal bagi mendapatkan pemikiran dan pemahaman menyeluruh berkaitan dengan perkembangan ajaran sesat di Malaysia. Karya ini berkaitan isu-isu akidah dan syariah dengan disertakan pemantauan dalam
pelbagai pendekatan diharapkan akan dapat memantapkan lagi pengamalan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan umat Islam.

Category: .

Additional Information

Author(s)

Zanirah Mustafa

ISBN

978-967-363-428-6

Publication Date

2014

Pages

86

Weight

0.14