Anugerah Buku Negara

Anugerah Buku Negara

Penerbit UiTM mengucapkan sekalung tahniah kepada Prof. Dr. Ghazali Daimin di atas kemenangan beliau melalui bukunya berjudul Teknik Asas Lukisan Digital kerana telah berjaya memenangi Anugerah Buku Negara 2016 bagi kategori Buku Lukisan Digital Terbaik pada 14 Disember 2016 yang lalu di PWTC Kuala Lumpur. Anugerah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
 

Ghazali Daimin telah menerbitkan lima buah buku bersama Penerbit UiTM. Antara karya-karya beliau adalah Istilah dan Takrifan Komputer, Reka Grafik Keselamatan, Istilah dan Takrifan Reka Grafik, Panduan Asas Perniagaan Dalam Industri Seni Reka Grafik: Penubuhan Syarikat Reka Grafik, Penjenamaan, Reka Bentuk dan Percetakan Pembungkusan: Teori dan Teknikal, Teknik Asas Lukisan Digital dan Komunikasi Visual: Teori dan Falsafah. Semoga beliau terus sukses dan aktif menerbitkan lebih banyak karya ilmiah di masa-masa akan datang. Tahniah!!!

 

X