Director's Message

 

Warmest greetings from UiTM Press, where scholarly authorship takes centre stage of our core business, and where we bring you creative literary compositions but educational nonetheless. We are dedicated to ensure the university’s publications are relevant and highly sought after. In line with UiTM2025, we are on an endeavour to be the most preferred publisher, yet taking publishing to the next level by being more selective in what we publish.

On that note, we take our responsibility to produce high quality academic reference materials very seriously, as well as making them accessible for all. Furthermore, in our objective to be one of UiTM’s strategic business unit, timeliness in delivery will be given an utmost emphasis. Hence, authors would be pleased to know that we are indeed very focussed on ensuring their literary works will be available, on the shelves of our bookshop and online, within one year from the date of approval.

With an online submission system in progress to welcome aspiring authors to submit their literary works virtually, we hope to be an example of efficiency and competence in managing scholastic publications. Hence, UiTM Press is optimistic in becoming a force to be reckoned with in the publishing arena.

I believe that with this conviction and our dedication, we are on the right track to achieve UiTM’s aspiration to become a globally renowned university. As a gateway to diverse collection of knowledge and disciplines, it is my hope that you will find what you are looking for at UiTM Press, for an immersive, mind-stimulating and inspiring learning experience, and reading pleasure.

PROFESSOR Sr Ts. DR ZULHABRI ISMAIL

 


 

Kata Alu-Aluan Pengarah

Salam sejahtera dari Penerbit UiTM, di mana penulisan ilmiah menjadi teras perniagaan kami dan hasil karya sastera kreatif dibawakan kepada anda. Kami komited dalam memastikan penerbitan universiti kekal relevan dan mendapat permintaan yang tinggi. Misi kami juga adalah untuk menjadi penerbit pilihan sekali gus membawa penerbitan kami ke tahap yang lebih cemerlang dengan menekankan ketelitian dalam pemilihan karya yang diterbitkan.  

Sehubungan itu, kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penghasilan bahan rujukan akademik yang berkualiti tinggi serta memastikan karya tersebut mudah diakses. Selaras dengan objektif kami untuk menjadi salah satu unit perniagaan strategik UiTM, ketepatan masa dalam pelaksanaan perkhidmatan amat dititikberatkan. Justeru, para penulis pasti berbesar hati dengan komitmen kami dalam memastikan karya mereka tersedia dalam talian, dengan penerbitan e-buku dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh kelulusan.

Dengan sistem penghantaran dalam talian yang sedang dibangunkan untuk bakal penulis menghantar manuskrip secara digital, besar harapan kami untuk menjadi penanda aras kepada kecekapan dan keupayaan dalam menguruskan penerbitan ilmiah. Oleh yang demikian, Penerbit UiTM optimistik untuk menjadi entiti berpengaruh dalam persada penerbitan.

Saya percaya dengan keyakinan dan dedikasi kami, Penerbit UiTM berada di landasan yang tepat untuk merealisasikan aspirasi UiTM menjadi universiti terkemuka di dunia. Sebagai tonggak pelbagai ilmu dan disiplin, saya berharap anda akan menemui sesuatu yang dicari di Penerbit UiTM—pengalaman pembelajaran menyeluruh, merangsang minda dan menginspirasikan, serta keseronokan membaca.

PROFESOR Sr Ts. DR ZULHABRI ISMAIL

 

 

Contact Us

Kompleks Usahawan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: +603-5544 4082 / 4183

E-mail: penerbit@uitm.edu.my

Website: https://penerbit.uitm.edu.my/

Maklum Balas Pelanggan